Open top menu
loading...

As Salam,
Alhamdulillah, selama ini blog Oh! Dakwah banyak menerima artikel dari penulis lain. Kami menerima baik perkara ini dan amat berbesar hati dengan sumbangan yang diberikan.
Blog Oh! Dakwah sangat berminat untuk membantu penulis lain mendapat pembaca terhadap artikel mereka dan seterusnya memandu pembaca ke blog si penulis.
Namun, bermula dari sekarang, sejajar dengan perkembangan, blog Oh! Dakwah lebih mementingkan kualiti artikel yang dihantar ke blog kami. Ini bertujuan supaya pembaca Oh! Dakwah mendapat bahan bacaan yang berkualiti dan memberi nilai tambah.
Oleh itu kami telah menetapkan beberapa syarat dan garis panduan kepada mereka yang berminat menyiarkan artikel mereka.
Baca dan fahamkan ya? :)

Content / Kandungan

Artikel mestilah bersesuaian dengan blog ini.
  • memberi nilai tambah
  • memberi inpirasi
  • memotivasikan
  • dan apa-apa elemen yang bersesuai dengan blog islamik.

Guidelines / Garis Panduan

  1. Artikel anda mestilah asli dan bukan plagiat ( jika Plagiat, sila Ubah Semaksimum mungkin dengan ayat-ayat anda .
  2. Anda boleh menyediakan sehingga tiga pautan (link). Pautan link affiliates adalah tidak dibenarkan.
  3. Artikel anda perlu sekurang-kurangnya 300 perkataan yang panjang dan tidak lebih daripada 1500 perkataan.
  4. Senggang setiap 3 baris. Gunakan ayat mudah dan mudah di “scan” pembaca.
  5. Anda dibenarkan meninggalkan pesanan ringkas seperti mempromosi artikel lain dari blog anda, tumblr anda, pautan ke ke facebook page dan sebagainya.
****
Blog Oh! Dakwah akan sedaya upaya akan membantu mempromosikan kembali blog anda – dengan syarat tidak melanggar guidelines yang dinyatakan

Editing / Ubahsuai

  • Admin Blog Oh! Dakwah akan check dan mengedit kembali kesalahan ejaan, kesesuaian ayat dan sebagainya dalam setiap artikel yang dihantar. Pembetulan akan dibuat sekiranya dirasakan perlu
  • Pihak admin mungkin mengubah suai sedikit kandungan artikel anda jika dirasakan perlu, supaya dapat menambah nilai, menambah kualiti dan dapat dioptimasikan untuk carian Google (SEO). Ini bertujuan supaya artikel anda mendapat pembaca semaksimum mungkin dan memberi input yang baik kepada mereka.

Cara Penghantaran

Jika artikel anda memenuhi syarat dalam garis panduan diatas:
  • Sila emelkan artikel anda ke ohdakwah@gmail.com. Insyaallah saya akan respon dalam tempoh masa secepat mungkin
  • Sila lampirkan sekali bio mengenai anda [ bersama dengan alamat Blog, Google+ dan twitter / facebook, jika ada ]
  • Sila pastikan anda sanggup untuk respon dan menjawab kepada setiap komen yang dilontar oleh pembaca terhadap artikel anda yang disiarkan

Jika Artikel Anda Tidak Disiarkan?

Saya faham menulis artikel adalah satu kerja yang mengambil masa.
Walau bagaimanapun, artikel yang ditulis dan diserahkan kepada saya tidak mewajibkan saya untuk menyiarkannya.
Ciri utama yang saya pentingkan untuk menyiarkan artikel anda adalah artikel tersebut memberi nilai tambah kepada pembaca blog ini.
Oleh itu saya berharap anda jangan berputus asa. Baiki kelemahan pada kandungan dan penulisan, tingkatkan kualiti artikel, dan hantarkanlah kembali kepada kami setelah itu .
Kami sentiasa memberi ruang dan peluang kepada anda untuk bersama-sama menyebarkan Ilmu, Insyaallah

0 ulasan