Assalamualaikum , This note I paste from one of my fav blogger , in my opinion apa yg dia tulis ada betulnya jugak...credit to her Sini
- Hari ini kita hidup di zaman moden. Zaman di mana hampir semua manusia yang hidup di muka bumi ini mempunyai sekurang-kurangnya 1 blog , 1 Facebook , 1 tumblr , 1 youtube channel dan banyak lagi social network yang ada di sarang labah-labah Google.
Disebabkan era globalisasi inilah, manusia semakin mudah untuk menilai orang.
Contoh 1: Blog Cik A-----Tajuk Entry: Happy Time Wif Member
Hari ini aku ngan member.....
(Sekiranya entry sebegini, saya definisikan sebagai orang yang jadikan blog sebagai diary. Buka la ke google dan copy paste ayat diatas, anda akan dapati banyak sangat-sangat blog sebegini. Macam Impian Ilyana pulak)
Contoh 2: FB Cik B------Status: DSLR. Mine ;)
(status seperti ini saya kategorikan sebagai orang-orang yang terlalu personal dengan FB. Riak pun ada juga. Sikit la kot. Ya la. Sedih orang yang tidak mampu beli DSLR. Gigit jari bila tahu kamu dah beli)
WARNING: Ini definisi saya sendiri. Mungkin tidak semua berpendapat sedemikian. Terpulang.
Dengan dua contoh diatas, rasanya anda pasti tahu apa yang saya ingin nyatakan. Hari ini, manusia boleh dinilai melalui entry di blog mereka. Macam tu juga FB. Even melalui gambar-gambar di FB dan Blog pun kita kadangkala dapat menilai akhlak pemiliknya.
Walau bagaimanapun, agenda saya disini bukanlah perkara-perkara diatas.
Saya ingin membawa anda mengimbau ketika zaman Rasulullah, zaman dimana FB, Blog, Twitter, Tumblr dan Youtube belum wujud.
"Tahukah anda, Rasulullah s.a.w sendiri menggunakan arena menulis. Namun, Rasulullah telah menggunakan arena tersebut sebagai medan dakwah. Baginda menyebarkan dakwah melalui surat utusannya kepada beberapa orang pemimpin. Dalam erti kata lain, penulisan juga merupakan antara uslub dakwah terawal yang Nabi gunakan"
Berbeza dengan kita hari ini, dilengkapi dengan kemudahan teknologi. Dunia di hujung jari. Tetapi untuk membuat satu entry berbentuk Islamik, atau status berbentuk tarbiyah, sudah mula rasa malu. Malu dianggap beragama. Malu dianggap ustaz / ustazah. Sedih Rasulullah . Kita berasa lebih bangga dengan status "Hari ni lunch kat McD" sementara kita lupa dengan status "Hai rasul-rasul, makanlah dari makanan-makanan yang baik-baik dan kerjakanlah amal yang soleh~Al-Mukminun:52". Bukankah Rasulullah pernah berpesan, sampaikan pesanan Baginda walaupun satu ayat.
Saya percaya , tidak semua orang yang terima atau baca setiap entry yang ditulis berbentuk Islamik. Tidak semua orang akan like / comment status-status FB berbentuk tarbiyah / ayat-ayat Al-Quran / Hadis. Sesetengah mungkin beranggapan insan-insan yang berbuat demikian terlalu ekstrimis dengan agama. Sesetengah berpendapat `so not cool`. Terlalu melebih-lebih macam esok hendak kiamat. Tetapi ingatlah pesan Imam Hassan Al-Basri pernah berkata :
"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukan bererti aku yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu,kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri.Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan"
Lagipun kita tidak tahu bila kiamat. Boleh jadi esok kiamat. Yang pastinya bila-bila pun kiamat boleh berlaku sekiranya Allah telah tetapkan. Sekurang-kurangnya, sebelum kiamat mahu pun ajal menjemput, kita pernah menyampaikan kalam-kalam mengagungkan Tuhan. Siapa tahu, ada yang mendapat hidayah dengan hanya satu entry Islamik / status tarbiyah yang anda postkan. Kemungkinan juga ia boleh menjadi asbab Allah ubah status kita daripada bakal ahli azab kepada bakal ahli syurga. Amin Ya Rab.
"Kalau tiada orang yang mahu mendengar kalam bicara dakwahmu, teruskan juga menyampaikan kerana seluruh alam memahaminya. Malah seluruh alam gembira mendengar dan menyahut kalam-kalam yang mengagungkan Tuhan."[Badiuzzaman Said Nursi]
Dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menuliskannya dengan benar. Dan janganlah penulis enggan menuliskannya sebagaimana Allah mengajarkannya, maka hendaklah ia menulis...
[QS al-Baqarah 2:282]
Harapan saya, semoga setiap status mahupun entry yang anda postkan biarlah lillahi ta`ala. Bukan semata-mata mengejar follower yang ramai, bukan semata-mata mengejar jumlah `like` yang banyak. Biarlah amal itu wujud di alam realiti.
Islam itu bukan pada blog, vlog, fb semata-mata.
Tetapi wujud pada amal di alam realiti,
pada rumah yang diduduki,
pada rakan-rakan yang disantuni,
pada keluarga yang dikasihi,
pada seluruh kehidupan yang dihuni.
Da'ie tertipu adalah da'ie yang mengira 'counter hit' dan 'like' yang banyak,
dan merasa cukup dengan merasakan dirinya diperhati.
~ Hilal Asyraf(Official)
p/s: Sesungguhnya entry ini bukan untuk menghina sesiapa. Mengutuk sesiapa. Namun begitu, sekiranya anda terasa dengan entry saya, Alhamdulillah. Itu tandanya Allah mengetuk hati-hati kalian untuk 'fafirru ilallah'- (berlari pulang kepada Allah!)
p/s/s: Teguran untuk diri sendiri. Kadangkala ada juga entry berbaur diaryp/s/s/s: Biarlah dianggap ustaz/ustazah. Sekurang-kurangnya gelaran itu baik=)