Asas kepada Ilmu Fiqh atau Fiqah Islami

Fiqh Islam
Fiqh atau dikenali sebagai Fiqah membawa maksud MENGETAHUI / MEMAHAMI / MEMAHAMKAN berkaitan dengan hukum syara’ iaitu bahagian ibadat, perkahwinan, muamalat, jenayah dan alam sekitar. Cara untuk mengetahui segala hukum syara’ yang diambil dari Al-Quran dan Sunnah Rasululllah s.a.w. secara penelitian yang mendalam yakni dengan jalan ijtihad dan istinbat.
Dari sudut Bahasa
Faqiha yang bermakna memahami maksud dari perkataan pembicara ketika terjadi komunikasi.
Faqaha yang bermakna faham secara mendalam iaitu menjadi pakar. Pengertian ini lebih khusus lagi dibandingkan pengertian sebelumnya
Dari sudut Istilah
Fiqh: Ilmu yang berkaitan dengan hukum-hakam yang bersifat amali, diinstibatkan dari dalil-dali yang terperinci.

Hukum mempelajari ilmu Fiqh

Ilmu fiqh atau fiqah wajib dikuasai oleh setiap muslim yang ingin amalannya benar dan tepat apabila dinilai oleh Allah. Dari sinilah ada ulama menyatakan bahawa mempelajari fiqh adalah fardhu ain jika berkaitan dengan perkara-perkara yang mesti dilakukan oleh seorang muslim, dan fardhu kifayah jika berkaitan dengan masalah-masalah umum.
Fardhu Ain
Mempelajari ilmu fiqh terhadap permasalahan asas yang wajib diketahui oleh setiap muslim seperti bagaimana mengerjakan solat, puasa, zakat dan haji adalah fardhu ain.
Fardu Kifayah
Mempelajari ilmu fiqh secara lebih mendalam terhadap setiap permasalahan-permasalahan fiqh sehingga mempu menjadi rujukan kepada individu muslim lain adalah fardu kifayah bagi setiap muslim.

Pembahagian Kepada Ilmu Fiqh atau Fiqah Islami

Bagi memastikan kehidupan individu, masyarakat dan umat Islam selari dengan hukum-hakam syar’ie di bidang Fiqh atau Fiqah Islami maka ini melingkupi seluruh kehidupan manusia tidak terhad kepada hukum hakam persendirian dan keluarga sahaja. Secara ringkasnya dalam Ilmu Fiqh atau Fiqah Islami terbahagi kepada empat seperti berikut.
Hubungan dengan Allah SWT
Iaitu melalui Fiqh Ibadat.
Hubungan manusia dengan dirinya sendiri
Iaitu melalui kefahaman halal, haram & adab-adab peribadi.
Hubungan manusia dengan ahli keluarga
Iaitu melalui Fiqh al-Usrah.
Hubungan manusia sesama manusia lain
Iaitu melalui Fiqh Mu’amalat Maliah, Fiqh Jinayah ( hudud, qisos, ta’zir), Fiqh Siyasah Syar’iyyah (politik), Fiqh al-Jihad.

Sumber-sumber ilmu Fiqh atau Fiqah Islami

Sumber-sumber asal
i). Al-Quran
ii). As-Sunnah
Sumber-sumber sokongan
i). Ijmak
ii). Qiyas
iii) Istishab
iv) Masalih Mursalah
v).Istihsan
vi) Sad al-dhari’ah
vii)’Uruf
viii). Syari’at terdahulu