Alhamdulillah...Muslimat TJ telah menziarahi balu Allahyarham siak surau Tmn Desa Surada pagi tadi.
Satu pertemuan yang cukup menginsafkan, memanggil diri untuk bermuhasabah tentang kehidupan yang telah dikemudi selama ini.
Beberapa mutiara keikhlasan, zuhud & kecintaan kepada Allah dan
Rasul yang dapat dikutip dari perkongsian kak Mar (balu) untuk tatapan
bersama...
Allahyarham bersara awal pada umur 40an. Sejak itu
Beliau bersama-sama bekerja untuk jamaah dan bertugas sebagai siak
surau di tmn Desa Surada. Surau itu menjadi rumah kedua malah menurut
kak Mar mungkin lebih dari rumahnya sendiri.
Allahyarham seorang yang berpegang kepada kata-kata ustaz dalam ceramah2 & kuliah yang diikutinya.
Oleh kerana itu beliau:
1. Tidak pernah meninggalkan solat berjamaah di surau walaupun hujan beliau tetap ke surau dengan menaiki motor dan berpayung.
2. Sentiasa membaca Al Quran, tidak pernah ketinggalan dalam hari2
kehidupan beliau. Di surau itu lah tpt beliau berjamaah, mengaji dan
membersihkan surau.
3. Menyampaikan apa yang didengar ketika
kuliah kepada anak-anak dan sentiasa berpesan supaya tidak meninggalkan
solat dan mengerjakannya diawal waktu, kalau berkesempatan berjamaah
di surau.
4. Berpesan supaya rajin membaca Al Quran kerana kata
Allahyarham kepada anak2nya Al Quran ini lah yang akan menemani kita
dan membantu kita kelak.
5. Kata beliau lagi jangan sibuk2
harta dunia kerana hanya 3 benda sahaja yang kita bawa bila mati -
"ayah tidak ada harta nak infaq, ini lah saja.... ke surau berjamaah,
membaca Al Quran, bertugas membersih dan menjaga surau.... (amal
soleh.... & insya Allah anak2 beliau yang soleh).
6.
Kurang melayan kehendak dunia - tidak suka berjalan jauh2 kerana kata
Allahyarham nanti solat jamaah beliau (surau) macamana pula...
Itu lah antara amalan beliau yang istiqamah kerana Allah. Beliau tidak
bekerja lagi walaupun bersara awal kerana nak menghabiskan sisa hidup
dengan beramal soleh.
Beliau pernah berkata rentetan peristiwa
kematian di Mekah/Madinah (tidak berapa ingat) yang meninggal dalam
keadaan sujud.... kata beliau....orang biasa macam kita tidak boleh
dapat ke macam tu....maka hajat dan doa beliau dimakbulkn Allah SWT.
Rakan beliau yang pernah mendengar beliau berkata begitu menangis
mengenangkan kata2 Allahyarham.
Kata kak Mar hujan renyai2
ketika jenazah dibawa ke tanah perkuburan. Jenazah beliau pun lembut
semasa diluruskan & ditanggalkn pakaian untuk dimandikan dan
seperti tidur.
Melihat kepada kak Mar yang sederhana dan lembut
orangnya... yang sentiasa menolong suami membersih surau (kerja kak
Mar basuh toilet), saya dapat merasakan ketenangan dalam keluarga ini.
Hanya kak Mar sedikit terkilan kerana hari itu...rutin hidup seperti
biasa tanpa Allahyarham menunjukkan tanda2 kelainan dan kak Mar tidak
banyak bercakap dengan suami beliau sebelum keluar mengambil anaknya....
dan tiada di sisi ketika Allahyarham pergi. Tapi beliau redha atas
ketentuan Allah dan urusan jenazah pun dipermudahkan Allah SWT... Al
fatihah...
Semoga kita yang hidup beroleh iktibar dalam
melayari bahtera kehidupan yang singkat ini. Bila2 masa kita akan
dipanggil pergi mengadap Maha Pencipta... fb PHR
sumber : Harakahdaily