Meninggal Dunia di Dalam Solat
ALLAHU AKBAR, mulianya cara Pak Cik ini kembali mengadap-NYA. Semoga kita juga mati dalam husnul khotimah. Menurut sumber, pak cik ini meninggal selepas isyak tadi di Masjid Beijing, Rantau Panjang, kelantan.
Amalkan solat secara berjemaah, insyAllah akan mendapat Husnul Khotimah. Sesungguhnya solat jemaah itu sangat besar disisi Allah.
Bersama kita sedekahkan AL FATIHAH, Semoga pak cik ditempatkan Allah SWT di kalangan hamba-NYA yang beriman dan beramal soleh.
UPDATE : 19 FEBRUARI 2014
MASJID BEIJING, RANTAU PANJANG, KELANTAN
Al-Fatihah buat Allahyarham Mahama Jehma yang menghembuskan nafas terakhirnya di rumah Allah. Allah telah memuliakan Beliau.
Allahyarham menghembuskan nafasnya sewaktu di rakaat pertama dan didalam keadaan Qiam. Allahyarham merupakan guru pondok di Sekolah Pondok Gupong, Weng, Thailand.
Umurnya sekitar 50an, sesungguhnya cara kematian Arwah amat dicemburui kami yang masih hidup.
Ya Allah, matikanlah kami dalam keadaan Husnul Khotimah, permudahkanlah sakaratulmaut kami nanti Ya Allah.. Sesungguhnya Kau adalah Maha Mengasihani Ya Allah.
Al-Fatihah.