Assalamualaikum warga Oh! Dakwah
Yes, as you know semua perempuan nak suami yang soleh. Aku pun nak suami yang soleh, yang boleh bimbing kan aku. Tapi sebelum nak tuh, tengok diri dulu layak ke tak. Kalau tak layak, baiki la dulu perangai tuh, audit diri kearah lebih baik. Pesanan untuk diri sendiri jugak.
So, ni aku nak share petua untuk lelaki lelaki yang nak kahwin tak lama lagi, atau pun dah kahwin. Boleh la baca petua atau tips untuk jadi suami soleh idaman ramai wanita.. hehehe
1. Pasang niat dan berdoa menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang.
2. Jika sudah mendirikan rumah tangga, bersyukur kerana mempunyai pasangan. Yakinlah isteri anda pasangan terbaik yang Tuhan tentukan bagi anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.
3. Suami misali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda.
4. Pastikan anda ada masa berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan untuk berbual dengan isteri setiap hari?.
5.Setiap hari pulang dengan senyuman dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.
# Mama cakap, kawan kawan mama selalu buat match making.. Kalau ada anak2 dara or teruna, merisik dalam kalangan mereka, kalau berkenan, masuk meminang. Tapi aku? tak layak la nak suh mama match ngan anak anak lelaki depa.. Sebab aku ni lagha sangat.. heh.. tak sesuai.. Kakak aku sesuai.. kekeekek
semoga bermanfaaat ya :D