Doa Masuk Tandas Dan Doa Keluar Tandas

Doa-doa ini banyak diantara kita yang mengabaikannya. Jarang kita membaca doa ini kerana kita rasa tidak ada apa-apa yang akan berlaku kerana keluar masuk tandas adalah rutin biasa. Di rumah kita berbelas-belas kali kita masuk untuk buang air besar dan kecil, tukar tuala wanita dan lain-lain. Kalau macam tu banyak kali-lah kena baca tiap-tiap hari?

Bagaimana pula dengan tandas awam, tandas ditempat kerja dan tandas di rumah kawan-kawan?. Mungkin bagi kita tandas mana-mana adalah sama. Syaitan memang berkampung dalam tandas rumah kita seperti tandas-tandas yang telah disebut diatas.

Mungkin tandas di rumah kita, syaitan-syaitan yang ada sudah "friendly" dan "understanding". Tak ganggu tuannya sampai kena sampok atau histeria. Captain nak bagi ingatan kepada pembaca sebaik-baiknya, mulalah membaca doa masuk dan keluar tandas selepas membaca N3 ini kerana mungkin selama ini kita tidak kisah tentang doa ini.

Kita tahu bahawa syaitan itu akan melumur najisnya diatas kepala kita jika kita tidak membaca doa dan menutup kepala ketika masuk tandas. Pada zahirnya memang tak nampak dengan mata kasar. Lama kelamaan kepala yang dilumur dengan najisnya boleh menjadi seseorang itu bengapbengongdan sebagainya.

Tandas awam lagi teruk kerana terdapat berbagai syaitan, jin kafir, hantu belaan yang tidak bertuan dan bertuan berkampung sampai beranak pinak. Terutama di bandar besar yang mana banyak pendatang asing dari Indonesia, Myanmar, Bangladesh yang datang bekerja di Malaysia. Ada diantara mereka ini juga yang membawa bersama dengan mereka pelesit, jembalangnya sebagai teman untuk mengembara di negara orang. 

Tandas awam adalah tempat mereka menumpangkan syaitan, jin kafir, pelesit ini sebagai "transit". Jembalang, pelesit akan beristirehat di tandas awam kerana tuannya bekerja. Apabila diseru barulah syaitan/jin kafir ini akan datang berjumpa dengan tuannya jika dipanggil untuk "assigment". Ada kes dimana seorang gadis yang kena sampok ketika tukar "pad" dalam tandas. Selamat ke tandas awam?? 

Tandas rumah kawan-kawan kita juga tidak berapa selamat kerana tandas itu mungkin pernah digunakan oleh bomoh/pawang untuk tempat berubat buat mandi bunga, buang sial dan sebagainya. Tempat memecah "telur tembelang" selepas pesakit yang berubat terkena sihir. Sesetengah bomoh menggunakan telur sebagai "medium" untuk mengeluarkan makhluk halus dari badan pesakitnya. Kadang-kadang telur itu dibuang ke dalam sungai. Ada juga yang memecahnya dalam tandas untuk menunjukkan bukti bahawa pesakit itu memang kena gangguan makhluk halus. Syaitan-syaitan dan jin kafir ini akan menetap terus di dalam tandas itu sampai beranak pinak jika dilepaskan dalam tandas.

Pernah berlaku kepada satu keluarga dahulu apabila membeli sebuah rumah yang pernah diduduki oleh seorang bomoh. Rumah itu memang menyeramkan dan ada satu tandas di dalam rumah yang pernah digunakan untuk mandi bunga. Tuan rumah selalu mendengar ada "orang mandi" ditengah malam. 

Setakat ini sahaja diantara kisah-kisah berkaitan syaitan-syaitan yang mendiami dalam tandas-tandas. Betapa pentingnya doa-doa ini diamalkan oleh kita supaya kita senantiasa dilindungi oleh Allah SWT dari syaitan-syaitan yang menderhaka kerana Syaitan juga dirujuk sebagai sesuatu yang kotor, busuk dan penyakit sebagaimana yang tersebut dalam sebuah hadis yang berbunyi:

Allahumma inni a'udzu bika minal khubutshi wal khabaa'its.

Maksudnya: "Ya Allah, sesungguhnya kami berlindung kepada Engkau daripada syaitan jantan dan betina."

Al-khubth (syaitan jantan) dan Al-khabaith (syaitan betina) adalah bakteria atau bibit penyakit yang banyak terdapat di tempat-tempat kotor seperti tandas.

Di dalam sebuah buku seorang mangsa sihir telah melapurkan bahawa dia pernah memasuki tandas dengan tidak membaca doa perlindungan. Seketika kemudian dia telah dirasuk oleh syaitan. Apabila Rasulullah S.A.W mahu memasuki tandas, baginda akan membaca doa perlindungan dengan berkata : Ertinya: 

"Dengan nama Allah. Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung denganMu dari sebarang kekotoran dan gangguan syaitan." 

Berikut merupakan antara adab qada’ hajat & istinjak yang sepatutnya kita amalkan.

Adab Qada’ Hajat & Istinjak
1.Masuk tandas dengan kaki kiri dan membaca doa
Ketika memasuki tandas dahulukan kaki kiri dan sebelum melangkah masuk, bacalah doa masuk tandas terlebih dahulu seperti berikut:
Doa masuk tandas
Doa masuk tandas
2.Berhati-hati dengan apa yang dibawa masuk ke tandas
Jangan membawa masuk barang-barang yang terdapat nama Allah atau ayat al-Quran atau sebagainya yang dimuliakan oleh agama. Selain itu, membawa masuk ke tandas telefon bimbit yang bernada dering ayat Al-Quran & selawat juga haruslah dielakkan kerana khuatir ia akan berbunyi di tempat qada’ hajat tersebut.
3.Qada’ hajatlah dalam keadaan duduk (bertinggung)
Jika dilihat dari sudut hukum, terdapat perbezaan pendapat di kalangan ulama’ mengenai perihal qada’ hajat berdiri atau duduk (bertinggung). Ada yang mengkategorikan sebagai makruh dan ada juga yang mengharuskan dimana ia bergantung kepada keadaan-keadaan tertentu.
Hal ini berdasarkan hadith :-
Diriwayatkan dari Huzaifah r.a. yang menceritakan; Aku bersama Nabi S.A.W.. Apabila sampai di satu tempat pembuangan sampah, Nabi S.A.W. kencing di situ sambil berdiri.
(Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)
Tetapi, hadith di atas menunjukkan tentang keharusan kencing berdiri. Tetapi bukanlah menjadi kebiasaan Rasulullah (SAW) membuang air kecil sambil berdiri.
Saidatina ‘Aisyah r.a. berkata; “Jika ada sesiapa menceritakan kepada kamu bahawa Nabi S.A.W kencing berdiri, maka jangan kamu mempercayainya. Nabi tidak kencing melainkan sambil duduk”. (Riwayat Imam Ahmad, at-Tirmizi, an-Nasai dan lain-lain. Menurut Imam Nawawi; sanad hadis ini adalah baik).
Dua hadith di atas bukanlah bertentangan, tetapi isteri Baginda ‘Aisyah r.a menerangkan perihal kebiasaan yang dilakukan oleh Rasulullah (SAW). Beliau tidak sentiasa bersama-sama dengan Rasulullah dalam musafir. Tetapi hal ini jelas menunjukkan, dalam keadaan biasa, Rasulullah (SAW) membuang air kecil dalam keadaan duduk.
4.Dilarang qada’ hajat di jalan yang dilalui oleh ramai orang atau tempat duduk dan berkumpul.
Daripada Abu Hurairah r.a., bahawa Nabi SAW telah bersabda: Takutlah kamu kepada 2 perkara yg membawa kepada laknat. Para sahabat bertanya: “Apakah 2 perkara tersebut?” Rasulullah SAW menjawab: “Orang yang membuang air besar (qada’ hajat) di tempat laluan orang ramai atau tempat mereka berteduh.” (HR Muslim (269) diambil dari kitab Fiqhul Manhaji)
5.Elakkan qada’ hajat dibawah pohon berbuah
Jangan qada’ hajat dibawah pohon berbuah bagi memelihara buah tersebut daripada tercemar ketika luruhnya sama ada buah tersebut dimakan atau diambil manfaat dengannya. Ini supaya perasaan seseorang tidak merasa jijik.
6.Menjaga aurat dan elakkan qada’ hajat di tempat terbuka
Apa yang selalu atau kadang-kadang dilakukan oleh sebahagian dari kita hari ini ialah menyelak atau mengangkat kain hingga nampak aurat sebelum masuk tandas. Ataupun, buang air kecil di tandas berdiri yang kebiasaannya dibina secara terbuka. Ini, boleh menyebabkan aurat kita terdedah kepada orang lain.
Daripada Abi Said r.a. bahawa dia berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Janganlah keluar dua orang menuju ke tempat qada hajat dalam keadaan terbuka aurat dan bercakap antara keduanya (ketika qada’ hajat) (kerana) sesungguhnya ALLAH murka terhadap perbuatan tersebut. (HR Abu Daud (15), diambil dari kitab Fiqhul Manhaji)
7.Jangan menghadap atau membelakangi kiblat.
Adalah dilarang ke atas orang yang qada’ hajat mengadap ke arah atau membelakangkan kiblat. Cubalah semampu boleh untuk menyerong sedikit ketika qada’ hajat sekiranya binaan tempat qada hajat itu terbina memang menghadap atau membelakangkan kiblat.
Seperti sabda Rasulullah (SAW) yang bermaksud:
Rasulullah (SAW) bersabda: “Apabila kamu datang ke tempat qada’ hajat maka janganlah kamu mengahadap ke arah kiblat dan jangan kamu membelakangkannya sama ada ketika buang air kecil atau besar.” (HR Al-Bukhari (381) dan Muslim (264), diambil dari kitab Fiqhul Manhaji)
8.Qada’ hajat di air yg tenang dan bertakung
Qada’ hajat di tempat air yang tidak mengalir boleh menjadikan air yang bertakung itu kotor dan mendatangkan perasaan jijik pada orang lain. Air tersebut juga sudah menjadi najis dan menyusahkan orang sekiranya terpercik pada pakaian.
Daripada Jabir r.a. daripada Nabi SAW: baginda melarang kencing dalam air (bertakung) tenang.
(HR Imam Muslim (281), diambil dari kitab Fiqhul Manhaji)
Larangan disini adalah dengan makna makruh tetapi Imam Nawawi telah meriwayatkan bahawa ia memberi makna HARAM. (Wallahualam)
9.Qada’ hajat dalam lubang
Jangan buang air di lubang yang telah tersedia kerana ia dikhuatiri di dalam lubang tersebut terdapat binatang yang berbisa seperti kala jengking atau ular lalu ia keluar dan menyakitkannya. Kadang-kadang terdapat di dalamnya haiwan yang lemah, maka ia boleh menyakitkan binatang tersebut.
Daripada Abdullah bin Sarjis bahawa: Rasulullah (SAW) melarang daripada kencing di dalam lubang iaitu lubang pada tanah. (HR Abu Daud (29), diambil dari kitab Fiqhul Manhaji)
10.Tidak menjawab salam ketika membuang air.
Adalah dilarang untuk kita memberi dan menjawab salam ketika sedang qada’ hajat. Larangan ini termasuklah ketika menjawab salam daripada panggila telefon. Seeloknya, sudahkanlah qada’ hajat dan jawab panggilan telefon diluar tempat qada’ hajat. Seperti sabda Rasulullah (SAW) yang bermaksud:
Daripada Ibn Umar r.a.: Seorang lelaki lalu berdekatan Rasulullah (SAW) yang sedang membuang air kecil. Lalu dia memberi salam tetapi Baginda tidak menjawab. (HR Imam Muslim (370), diambil dari kitab Fiqhul Manhaji)
11.Dilarang bercakap.
Daripada Abi Said r.a. bahawa dia berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Janganlah keluar dua orang menuju ke tempat qada’ hajat dalam keadaan terbuka aurat dan bercakap antara keduanya (ketika qada hajat) (kerana) sesungguhnya ALLAH murka terhadap perbuatan tersebut. (HR Abu Daud (15), diambil dari kitab Fiqhul Manhaji)
12.Dilarang beristinjak menggunakan tangan kanan.
Orang yang qada’ hajat hendaklah menggunakan tangan kirinya untuk membersihkan tempat najis sama ada dengan air atau batu dan seumpamanya kerana itulah yang lebih layak dilakukan. Sekiranya ia menggunakan tangan kanan maka hukumnya adalah makruh sebagaimana makruh menyentuh zakar dengan tangan kanan.
Sekiranya ia perlu kepada memegang zakar untuk membersihkannya dengan batu dan seumpamanya (benda-benda yang beku/pejal), maka ia hendaklah memegang batu tersebut tanpa menggerakkannya dengan tangan kanannya dan tangan kirinya memegang zakar dan mengerak-gerakkannya untuk membersihkan tempat yang najis tersebut.
Daripada Abi Qatada daripada Nabi SAW bahawa Baginda SAW telah bersaba: Apabila seseorang kamu kencing, maka janganlah ia mengambil (memegang) zakarnya dgn tangan kanannya dan jangan ia beristinjak menggunakan tangan kanannya. (HR Imam Bukhari (153) dan Muslim (267), diambil dari kitab Fiqhul Manhaji)
13.Mengurut kemaluan setelah membuang air dan berdehem.
Selepas selesai membuang air kecil, lakukan istibrak (berdehem-dehem), atau mengurut – ngurut bahagian bawah kemaluan (antara dubur dan qubul) dengan jari atau menggerak-gerakkan kaki (seperti orang berjalan). Ini bertujuan mengeluarkan sisa air kencing yang masih berbaki.
Tetapi janganlah terlalu banyak beristibra’ untuk menghindar perasaan was-was sehingga perkara ini merumitkannya. Jika ia merasakan ada sedikit basah di kemaluan, hendaklah ia menganggap itu sisa dari air yang kita gunakan untuk beristinjak.
14.Bersihkan tempat qada’ hajat
Setelah selesai qada hajat’ dan bersuci, bersihkan tempat tersebut daripada najis kita. Sekiranya kita menggunakan tandas yang moden, tariklah tali pengepam tandas (flush toilet). Kemudian, jiruslah dengan air ke kawasan sekitarnya. Selain cara ini dapat mengekalkan kebersihan tandas, ia secara tidak langsung dapat memberi kemudahan kepada orang lain yang berkongsi tandas dengan kita. Manakala, sekiranya kita qada’ hajat di dalam lubang, kambus semula lubang tersebut.
15.Keluar tandas dengan kaki kanan & membaca doa
Keluar dari tandas, dahulukan kaki kanan dan apabila telah berada di luar tandas bacalah:
Doa keluar tandas
Doa keluar tandas
Sumber (Adab Qada’ Hajat & Istinjak): http://eblog.yeopmi.com