Kelebihan-kelebihan Berselawat Ke Atas Nabi Muhammad SAW


Al-Sheikh Abdul Kadir Al-Jelani Al-Hasani, Quddisa sirruhu di dalam kitabnya Al-Safinah Al-Qadiriyyah menyatakan tentang kelebihan bersalawat ke atas Nabi S.A.W.  Beliau meriwayatkan daripada Ibnu Farhun berkata: “Bersalawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W. itu mempunyai empat puluh dua (42) kelebihan. Hal ini tertulis dalam kitabnya ‘Hadaiq al-Anwar’ :-
1)       Dapat melaksanakan perintah Allah.
2)       Bersamaan dengan salawat Allah kepada Rasulullah S.A.W.
3)       Bersamaan dengan salawat para malaikat.
4)       Mendapat ganjaran sepuluh kali salawat daripada Allah atas setiap kali salawat diucapkan (salawat daripada Allah bererti rahmat)
5)       Kurniakan oleh Allah sepuluh (10) darjat atas tiap-tiap satu salawat.
6)       Dituliskan oleh malaikat sepuluh (10) kebaikan atas setiap salawat.
7)      Dihapuskan oleh Allah sepuluh (10) kejahatan atas setiap selawat.
8)      Segala doa akan diperkenankan oleh Allah.
9)      Mendapat syafaat daripada Rasulullah S.A.W.
10)   Mendapat keampunan daripada Allah serta ditutup segala keaiban.
11)   Allah akan menutupi segala dukacita.
12)   Dkurniakan maqam hampir kepada Rasulullah S.A.W.
13)   Medapat darjat al-Sidq
14)   Dikurniakan segala hajat.
15)   Salam sejahtera pada hari qiamat.
16)   Allah dan para malaikat akan bersalawat ke atas seseorang yang bersalawat.
17)   Mendapat khabar gembira daripada Allah dengan balasan syurga.
18)   Salam sejahter pada huruhara hari qiamat.
19)   Rasulullah S.A.W. akan menjawab secara langsung keatas salawat yang dibacakan.
20)  Mudah mengingat semula perkara yang lupa.
21)  Mendapat kedudukan yang baik pada hari qiamat serta tidak akan kecewa pada hari itu.
22)  Tidak akan merasai Fakir
23)  Terpelihara daripada dihinggapi sifat bakhil.
24)  Mendapat kesejahteraan daripada doa Rasulullah S.A.W. kepada yang bersalawat.
25)  Salawat akan menjemput setiap pengucapnya ke jalan syurga.
26)  Menjauhkan seorang itu daripada terlibat dalam majlis-majlis yang tidak disebut padanya nama Allah dan Rasul-Nya atau daripada majlis-majlis lagha.
27)  Bersalawat menyempurnakan qalam pujianAllah apabila disebut (di dalam doa) maka akan disambut selepas itu dengan kalimah salawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W.
28)  Selamat melepasi titian Sirat al-Mustaqim pada hari qiamat.
29)  Disambut oleh Allah pada hari qiamat dengan kata-kata pujian yang lunak.
30)  Mendapat balasan rahmat yang luas daripada Allah.
31)  Mendapat keberkatan daripada Allah.
32)  Mendapat kesempurnaan iman.
33)  Kasih dan cinta kepada Rasulullah S.A.W.
34)  Mendapat hidayah Allahdan dikurniakan hati yang sentiasa hidup mengingati Allah.
35)  Setiap salawat yang dibaca akan dibentangkan dihadapan kepada Rasulullah S.A.W. secara langsung.
36)  Teguh pendirian dengan iman.
37)  Bersalawat bererti menggunakan sebahagian hak-hak Rasulullah S.A.W. ke atas diri kita. disamping ianya dianggap sebagai mensyukuri nikmat Allah yang mengurniakan dan mengutuskan Rasulullah S.A.W. kepada kita.
38)  Bersalawat juga bererti zikrullah, bersyukur serta mengikut segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah.
39)  Bersalawat bererti melengkapkan pengertian berdoa dan memohon kepada Allah, ke atas Rasulullah S.A.W. di dalam jiwanya.
40)  Antara kelebihan yang paling hebat kepada setiap individu ialah akan terjelma gambaran Rasulullah S.A.W.di dalam jiwanya.
41)  Dikurniakan oleh Allah maqam seorang Sheikh dan Murabbi.
42)  Mendapat kebahagiaan, ketenangan hidup di dunia dan akhirat.

Sumber: Ceramah Agama Kuliyah Maghrib pada 25/01/2013
Oleh: Ust. Hj. Anwar Jalaluddin.