Firman Allah dalam Surah Al-Israak, ayat 32, yang bermaksud:
“Janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu sangat keji dan jalan yang amat jahat.”
Ada seorang soleh yang sentiasa jaga diri daripada maksiat, sampaikan pada satu malam terlintas di hatinya hendak berzina dengan seorang wanita jelita kerana terpesona dengan kecantikannya!
Kebetulan pula masa itu, dia mempunyai sebuah pelita yang baru dinyalakan untuk menerangi rumahnya. Maka dia terus menajamkan pandangannya pada api yang sedang menyala pada sumbu pelita tadi.
Selepas itu, dia berbisik sendiri,”Engkau (nafsu) mengajakku melakukan zinadengan wanita tadi? Baiklah! Aku akan letakkan jariku atas sumbu pelita yang menyala ini, kiranya ia tahan panas, aku akan turutkan kemahuan engkau (nafsu)itu!”
Maka dia meletakkan jarinya pada sumbu menyala tadi. Dan dia cuba menahan dirinya daripada kepanasan api itu, namun akhirnya dia mengalah kerana tidak tahandengan kepanasan itu!
Dia pun berteriak,”Wahai jiwa,tahniahlah engkau! Rupanya engkau tidak tahan! Ini baru kepanasan api dunia engkau sudah tidak tahan, padahal api dunia itu telahdisejukkan oleh Allah s.w.t. dengan air sebanyak 70 kali ganda supaya manusia boleh bertentangan dengannya!”
“Kalau dengan api dunia engkau sudah tidak tahan, apatah lagi untuk hadapi api neraka, yang panasnya 70 kali ganda lebih dasyat!”
Lalu orang soleh itu pun berpaling daripada niatnya yang terkutuk tadi. Sejak daripada itu, dia tidak lagi diganggu lintasan terkutuk seperti itu.