Menunggu ikhlas yg betul2 ikhlas.
Seorang pemuda menjadi Imam untuk solat. Takbir pertama sahaja, meremang roma ahli jemaah. Menggetarkan jiwa ibu2 dibelakang.
Pemuda mula membaca Al-Fatihah. Alunan indah persis Misyari Rashid Al-'afasi. Semasa mula membaca Al-Fatihah, terdetik dihatinya; "Confirm jemaah kata suara aku best!"...
Selepas solat, ramai jemaah yg dtg untuk bersalam, tanda kagum dengan Imam baru. Ada juga org memanggil Imam Muda. Tak kurang makcik2 yg menyingkap tabir, terpegun dgn alunan bacaan tadi. Jika ada anak dara di rumah, sudah pasti ini antara calon menantu!
Ikhlaskah pemuda tadi?
Beberapa tahun berlalu, Imam tadi terus mengimamkan jemaah, tapi tidak terdetik lagi dihatinya "Confirm jemaah kata suara aku best!"...
Kini, ikhlas itu sudah mula mengambil tempat di hati. Bermula dgn mahu dipuji, mahu dikatakan hebat, mahu menjadi terbaek di depan khalayak. Lama2 kelamaan, barulah ikhlas itu datang dengan sendiri. Ia hadir bkn kerana sesuatu.
Bagaimana ingin ikhlas?
Ikhlas; ia akan datang setelah sesuatu amalan itu dilakukan dgn berterusan. Walau ia bermula untuk menerima pujian.
Ustaz Mohd Nassru Abdul Latif
Home » Amalan-Amalan Harian »
Ayat Al-Quran »
Cara-cara »
Hikmah »
Ibadah »
lain-lain »
Peringatan
» Menunggu Ikhlas Yang Betul-betul Ikhlas