Solat Sunat Hajat


Assalamualaikum semua ..
Solat Sunat Hajat adalah solat yang dilakukan untuk meminta sesuatu yang kita inginkan, solat sunat hajat dilakukan pada waktu malam iaitu 2/3 malam . Solat sunat hajat ini dilakukan dalam dua rakaat. Solat sunat hajat ini mempunyai kelainan sebab pada sujud yang terakhir, mukmim yang melakukan solat sunat hajat itu perlu memuji-muji Allah dan disertakan dengan niat hajat ( iaitu hajat yang kita inginkan supaya tercapai). selepas melakukan solat sunat hajat, seeloknya dibaca doa itu sekali lagi agar (supaya) permintaan itu mudah di makbulkan.


PANDUAN SOLAT SUNAT HAJAT


Seeloknya bersihkan badan (mandi terlebih dahulu) dan mengambil wuduk ( air sembahyang). Pakaian yang dipakai seeloknya bersih, yang afdal (lebih baik) berwarna putih.


Lafaz Niat Solat Sunat Hajat :

أصَلِّي سُنَّةَ الحَاجَةِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ


“Ushollii sunnatal haajati rok’ataini lil laahi ta’aalaa”


Maksudnya :

“Sahaja aku solat hajat dua rakaat kerana Allah Taala”


Di sini, saya hanya kan menerangkan 3 ( tiga ) cara melakukan solat sunat hajat.


1. Cara Solat Hajat yang Pertama

Dibuat sebanyak 2 (dua) rakaat, Selepas surah Al-Fatihah baca mana-mana ayat lazim dalam Al-Quran. Selepas salam, mengadap kiblat, baca surah Alam nashrah (Al-syarh) sebanyak 152 kali. Kemudian mohonlah segala hajat pada Allah SWT iaitu sambil menadah tangan .


2. Cara Solat Hajat yang Kedua.


Dilakukan juga sebanyak 2 rakaat.
Rakaat Pertama  : dibaca surah Al-Fatihah sekali dan Surah Al-Kafirun 10 kali.
Rakaat Kedua   : dibaca surah Al-Fatihah sekali dan surah Al-Ikhlas 10 kali.


Selepas memberi salam, hendaklah sujud dan membaca selawat ke atas Nabi sebanyak 10 kali:


(Boleh juga dibaca salawat/tasbih dan doa semasa sujud terakhir sebelum memberi salam).





"Allahumma salli `wasallim a'laa saiyidinaa muhammadin wa`ala ali saiyidinaa muhammad"


Kemudian membaca Tasbih ini sebanyak 10 kali:





"Subhaanallah walhamdu lil-laah wa laa ilaaha illallaah wal llaahu akbar. wa laa haula wa laa quwwatta illaa bil laahil ‘aliyyil ‘azhiim."


Kemudian Doa ini sebanyak 10 kali:





"Robbanaa aatinaa fid dunyaa hasanah, wafil aakhirati hasanah, wa qinaa ‘adzaaban naar."


Kemudian mohonlah segala hajat semasa waktu dalam keadaan sujud itu .


3. Cara Solat Hajat yang Ketiga.


Sebelum solat, mengucapkan Astaghfirullahal'adzim seberapa banyak yang boleh untuk memohon keampunan dan keredaan daripada Allah SWT.
Selepas baca Al-Fatihah sekali dan hadiah pahalanya kepada Nabi SAW, seterusnya kepada sekalian roh sahabat-sahabat, keluarga-keluarga mereka, para-para tabi’in, wali Allah dan ulama as solihin serta kaum Muslimin dan Muslimat.


Kemudian baca Surah Yasin sebanyak 4 kali berturut-turut kemudian baca doa berikut:

“Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Maha Suci (Allah) yang melepaskan dari setiap hutang,Maha Suci (Allah) yang melegakan dari setiap kesedihan. Maha Suci (Allah) dimana urusanNya diantara Kaf dan Nun,Maha Suci (Allah) dimana apabila Dia berkehendak untuk membuat sesuatu, Dia akan berkata; jadi, maka iapun terjadi. Wahai Yang Maha Hidup dan Maha Berdiri, rahmatilah penghulu kami Muhammad dan lakukanlah untukku (tunaikanlah hajat ini)……….......................................…sebutkan apa-apa hajat anda dan anda bangun untuk menunaikan solat hajat sebanyak dua rakaat seperti kaifiat solat hajat yang ke-2 tadi.

wallahua'lam
Selamt menunaikan solat sunat hajat wahai Hamba-hamba Allah :D