Cara Mengelakkan Rasa Riak

Assalammualaikum..

"Yang paling takuti aku atas kalian adalah syirik kecil” Para sahabat bertanya, “wahai Rasulullah, apakah syirik kecil itu?” Baginda menjawab, “Riak” ( HR Ahmad ).
Riak adalah rasa bangga di dalam hati yang membuatkan diri terasa hebat. Sifat ini sekeluarga dengan‘ujubsama'ah dan takabbur. Ujub lantunan rasa ajaib akan kehebatan diri, samaah buat supaya orang dengar-dengar kehebatan diri dan takabbur pula, membesar diri apabila bercakap. Senang cakap sifat-sifat ini adalah milikan orang-orang yang jahil dalam beragama atau golongan cetek ilmu.

“Tanda riak itu ada 3 perkara: Malas beramal jika sendirian, rajin beramal jika dalam ramai dan menambah amalan jika dipuji dan menguranginya bila dicela”.

7 TIPU DAYA SYAITAN


Pertama: Syaitan melarang manusia taat kepada Allah.

Kedua: Syaitan sentiasa memujuk manusia agar tidak mentaati Allah.

Ketiga: Syaitan sentiasa mendorong manusia untuk bersegera dalam melakukan amalan kebaikan.

Keempat: Kemudian, syaitan akan menyuruh manusia untuk menjalankan amalan yang baik secara sempurna agar tidak dicela oleh orang lain.

Kelima: Setelah itu, syaitan membisikkan pujian kepada orang yang beramal: “Betapa tinggi darjatmu kerana dapat beramal soleh dan betapa cerdik dan sempurnanya dirimu".

Keenam: Maka, Syaitan berbisik dalam hati manusia: “Bersungguh- sungguhlah engkau beramal dengan sir (kejahatan), jangan sampai diketahui oleh orang lain kerana Allah jualah yang akan memberitahu orang lain bahawa engkau adalah seorang hamba Allah yang ikhlas.”

Ketujuh: Syaitan mengatakan: “Hai manusia, janganlah engkau menyusahkan diri sendiri dengan beramal ibadat kerana jika Allah telah menetapkan kamu sebagai orang yang berbahagia pada hari azali kelak, maka meninggalkan ibadat pun tidak akan memberikan sebarang mudharat. Engkau tetap menjadi orang yang berbahagia dan sebaliknya jika Allah menetapkan kamu sebagai seorang yang celaka, maka tidak ada gunanya engkau beribadat kerana engkau tetap akan celaka".

Untuk mengelakkan diri dari perkara sedemikian kita kena tahu apakah tipu daya syaitan supaya kita tidak terjerumus ke dalam hal yang sedemikian dan amal kebaikan yang kita lakukan menjadi sia-sia. Apabila kita sudah kenal akan tipu daya syaitan ini, maka mudahlah kita menewaskan dan mengelak daripada tipu daya tersebut.
Google

Ada beberapa tips atau kaedah yang boleh kita lakukan sekiranya penyakit hati seperti riak, bangga diri atau rasa bagus ini singgah di hati kita, antaranya :

  • Ucapkanlah “Astaghfirullahalazim allazi lailahailla huwalhaiyul qaiyum wa atubu ilaih”.
  • Sentiasalah berniat ikhlas di dalam hati apabila melakukan sesuatu perkara yang baik. Ikhlaskanlah kerana Allah Lillahi Taala.
  • Elakkan mengembar-gemburkan tentang kebaikan atau kejayaan yang kita capai samada berniat untuk berkongsi atau memberi motivasi dan semangat kepada orang lain, dikhuatiri niat asal akan berubah setelah kita mendapat banyak pujian kelak.
  • Sentiasa berdoa kepada Allah s.w.t agar dijauhkan dari sifat riak, takbur, bangga diri yang melampau dan sentiasa ingat akan azab Allah yang pedih.
  • Sentiasa membaca doa yang diajarkan oleh Rasulullah SAW “ Ya Allah, Sesungguhnya kami berlindung kepada –Mu daripada perbuatan syirik yang kami ketahui. Kami memohon keampunan kepada-Mu daripada dosa (syirik) yang tidak kami mengetahuinya” (hadis riwayat Ahmad)

“Katakanlah, jika kamu menyembunyikan apa yang ada dalam hatimu atau kamu menampakkannya, pasti Allah mengetahuinya” (Surah Ali-Imran, ayat 29)

Sememangnya kita dijadikan Allah s.w.t makhluk yang hebat dimuka bumi. Segarang-garang binatang seperti singa mampu tunduk dengan manusia, sekuat-kuat binatang seperti gajah juga mampu direbahkan oleh kita namun biarlah kita saja yang tahu akan kehebatan kita yang dianugerahkan itu. Jadilah kita seperti resmi padi, semakin berisi semakin tunduk kebumi.

SUMBER