Cara Nak Prevent Kena Mengorat (Perempuan)

Well this is my past post from my blog , dah lama x update blog , and currently I closed my blog for a reason (mungkin sbb malas nak hias2 blog dh) , well for girls this is a few step that you can do to prevent yourself .

Sebagai seorang perempuan adalah lumrah laa kena ngorat kan , tak kisah korang cantik , pendek , tembam , kurus kedekiang (mai dah kedah dia) , dan lain2 lagi pasti akan pernah melalui situasi kena mengorat sbb cantik tu subjektif . Kadang2 di mata orang tu kau biasa2 ja and sometimes di mata seseorang tu kau lawa mmg tahap gila sampai dia puja kau nak mati ! *ok ayat drastik tah hapa2 . The way you to prevent is adalah dengan cara seperti berikut :

1.Tak payah layan .

" Pokok tak kan bergoyang kalau tak da beruk yang gayut " . Tu quotes hidup aku , maksud aku kat sini kalau tak suka jangan bagi harapan , jangan ingat perempuan je mudah perasan kalau lelaki layan dengan baik . Sebenarnya lelaki pown lebih kurang macam tu , so bila perempuan yg dia admire layan dia , even layan tanya khabar ka makan belum ke hapa...dia maybe anggap "eh awek nie syok dkt aku jgk nie" dengan sambil senyum kambing dia berkata mcm tu dalam hati dia mungkin . Jadi kalau dah x minat tak payah layan. Sebab lelaki pown x kan paksa kalau perempuan tu tak nak kecuali la kalau dia tu psycho or GS *sila rujuk kamus 18+ . Dan dalam dunia sekarang mmg selalu lelaki buat bunyi tikus ular dan sewaktu dengan nya *aku tak paham kenapa..sama ada mereka gagap atau bisu pown ntah lah...tapi itu realiti nya . Sebagai contoh ada satu awek yang cun kalah Lisa Surirumah , then lelaki pown "weih2 awek2..sambil buat bunyi yg konon cool..." . Once perempuan tu pandang , its ok...its just staring but when korang gelak n gedik tak kena gaya macam hapa then akan tercetuslah statement di mana lelaki tu akan anggap korang adalah satu perempuan yang sng nak dpt . My advice don't play too hard but play safe . Beringat sebelum terkena , bila dah terkena padan la muka... =.=

2.Menutup aurat dengan sempurna .

"Sesungguhnya wanita itu adalah aurat , setiap kali mereka keluar , syaitan akan memperhatikannya ." - Riwayat Bazzar & At-Tirmizi

Apa yang aku nak kasi example dekat sini adalah berkaitan dengan diri aku sendiri . Last year aku baru masuk IPT and normally mesti ada sesi orientasi kan . And before this , I admit that I never ever wearing tudung labuh...maksud aku mmg la tudung aku tudung bawal biasa yg aku labuhkan sampai tutup dada tapi seumur hidup aku tak pernah pakai tudung labuh macam budak2 sekolah agama pakai tu . Tapi dah disebabkan IPT aku mewajibkan pemakaian mcm tu masa orientasi tu dan masa tu aku pown skema ikut peraturan nak matii...jdi pakai je lah bukan rugi apa2 pown kan...so aku pakai . Kebetulan masa tu ada seorang kakak nie , dia pakai niqab (purdah) dan aku macam "waaa teringin nak try" , jadi aku pakai lah untuk sehari tu  (masa dah nak balik rumah dah pown , aku pakai tu) . Lepas tu abg aku datang amek aku balik rumah and kebetulan aku lapar , jadi aku order laa pizza hut delivery masa on the way. And kebetulan abg yg slalu hantar delivery pizza dekat rumah aku tu yg hntar pizza masa tu , kira mmg dia kenal ahh muka aku yang slalu order pizza nie..dah tu dia nie boleh di katakan jenis gatal jgak ahh...mcm usik2 mcm tu laah...lumrah kowt , tp aku buat x kisah pown...yg pntg aku dapat pizza aku , aku kenyang . Then dah disebabkan aku pakai niqab waktu tu..dia macam tak cam aku and tanya aku.. macam nie dialog yang terjadi :

Abg Pizza Gatal Tak Kena Gaya : Eh adik yang slalu amik pizza tu mana eh ?

Aku : Oh yg tu adik saya *padahal actually adik yang slalu amek pizza tu aku tapi dia dah x cam aku sbb aku pakai niqab (purdah) waktu tu.

Abg Pizza Gatal Tak Kena Gaya : Oh kira nie kakak dia la nie..takpa lah kirim salam lah kat dia .

Aku : In Sha Allah . *Aku amek pizza then bagi salam pastu blah le .
Then abang pizza tu jawab salam aku dengan sopan gila...sebelum nie bila aku dah nak masuk dia slalu bai bai bai ... tak de nya nak bagi salam salam apa semua . Tapi dah disebabkan aku dressing macam tu and dia ingat aku nie ialah kakak kepada aku..jdi dia mcm respect aku laa . That's why people said pakai pakaian yg sejuk mata memandang , jangan salahkan orang kalau kena usha panas sebab diri sendiri yg pakai pakaian seperti mcm mintak diraba - raba *opssss kasar ayat..tpi betul kn apa aku ckp ? Aku bukan suruh korang semua pakai niqab (purdah) . But at least pakai pakaian yang sedap laa sikit mata memandang . Not because nak suruh kau jual mahal sampai tak laku , just nak prevent . Sebab seriously kalau korang dressing elok2 mat rempit or budak laki2 yg perangai huduh pown x berani kacau . Dah tak de bunyi tikus ular ka , kalau kacau mungkin dengan bagi salam .

3.Keluar dengan kawan perempuan / family

Lelaki sesekali tak kan kacau perempuan yang keluar dengan family . Tak de nya dia tetiba dpn ayah si perempuan dia nak tackle tu dia datang . "Witwit awek2 nak number phoneeeeeee" . Tak pasal si ayah perempuan tu jawab "Kau nampak nie *kasi batang penyapu". Even minat macam mana pown dia akan pandang ja , sama lah jugak bila korang keluar beramai2 dengan kawan...tak akan ada stranger pown berani dekat . Yang mampu hanya memandang dan meng"usya" daripada jauh je lah .

4.Status

Kelentong je laa status relationship korang , dah kahwin ke , bertunang ke , janda anak 5 pown boleh kalau korang nak . Sebab tu kowt wujudnya fake relay dkt facebook...boleh dijadikan salah satu kebaikan untuk elak daripada diganggu . Kerana lelaki yang baik tidak akan sesekali menggangu orang perempuan yang sudah berpunya kecuali kalau dia tu ada perangai suka buat naya hidup orang =.=

Sekiranya seorang lelaki dan seorang perempuan itu bersetuju untuk berkahwin , itu sudah dikira bertunang di sisi syarak . Dan tidak halal bagi bagi kamu bertunang di atas pertunangan orang lain.

Jadi yang dok bercinta2 berjanji sehidup semati bagai di kira bertunang la ek??huhuhuhu..ntah laa..tanya yang lebih arif laa pasal kahwin2 nie..aku masih belajar dan banyak lagi yang perlu aku fikir...antaranya bagi makan kucing dkt umah =.=

5.Pakai cincin besi 19 KG

Dulu masa aku kecik2 ada satu coklat nie taw...harga 20 sen , dah tu on the top of the chocolate ada free cincin...hahahaha...kalau zaman sekarang still wujud chocolate cincin tu , aku suggest korang boleh la ramai2 pergi beli dah tu use as konon kata cincin kahwin ka , cincin tunang ka . Then bila ada lelaki dok mencuit2 boleh laa tayang " Eh I dah married okk...apa x malu ke ngorat isteri orang nie " . *lebih kurang mcm tu laa dialog yg korang boloeh kasi 

6.Pakai inai dekat semua tangan termasuk tapak kaki (kalau nak)

Selalu kita tgk orang khwin2 pakai inai kan , jadi dah nak prevent kena ganggu sangat , pakai ja . Lagipun mmg sunat kan pakai inai nie bagi perempuan . Ada certain people cakap sunat bagi yang dah kahwin ja , yang belum tak dapat dikenal pasti lah . Sila rujuk yang lebih arif . Lelaki tak payah kowt mengada nak pakai , tak da sesapa nak kacau korang pown.. =.=

Adapun menginaikan dua tangan dan dua kaki , maka disunatkan bagi wanita yang bersuami kerana terdapat hadis-hadis yang masyhur mengenainya . Dan perbuatan itu haram bagi lelaki kecuali kerana keperluan berubat dan sebagainya - Imam an-Nawawi di dalam kitab Al-Majmuk

Well i guess sampai sini saja entry kali nie.Aku hanya berkongsi based on my experiece and setakat mana yang aku tawu , sorry kalau terkasar bahasa dan pengunaan "aku" dalam entry...dah terbiasa , aku mmg mcm nie...suka ka x suka terpulang kepada individu masing2 . Have a nice day and may Allah blessed you guys :) Assalamualaikum w.b.t. *tak jawab dosa , kalau jawab sayang :P , and tak lupa jugak terima kasih kerana sudi membaca . Apa yg baik itu datang daripada Allah s.w.t. dan apa yg terkurang dan tak elok adalah daripada saya sendiri , jdi mintak maaf andai ada salah silap ye :) Tata :D