Open top menu
loading...
Khamis, 20 Mac 2014

Assalamualaikum & salam sejahtera..




Entri hari nie tiada kaitan dgn gambar di atas. ^___^


Hari nie Wana share ilmu yg diajar oleh seorang sahabat yg ambil kos Bahasa Arab tentang UCAPAN TERIMA KASIH.


Biasanya kalau ada orang beri kita sesuatu, bagi yg mengenang budi dia akan ucapkan
❝terima kasih❞ atau
❝thank you❞ atau
❝syukran❞ atau
❝arigato❞ atau
❝merci❞ atau
❝xie-xie❞ atau
❝shukriya❞ atau
❝salamot❞ & lain².


Sejak akhir² nie, saya suka guna ❝syukran jazilan❞ kpd orang yg berbuat baik kpd saya.


Ada seorang sahabat menegur saya & berkata:
❝Wana, kenapa tidak menggantikan perkataan ❝syukran❞ dgn ❝jazakillah khairan kathira❞? Pernah dengar tak? Nie ucapan terima kasih sambil mendoakannya.❞


Memandangkan saya beria² utk mengetahui, sahabat saya semangat berkongsi ilmu yg diketahui kpd saya.


Dengan itu, saya pun ingin berkongsi & sama² kita mengamalkannya. Moga bermanfaat.


❝Jazakallahu khairan kathira✿❞(utk seorang lelaki).


❝Jazakillahu khairan kathira✿❞(utk seorang perempuan).


❝Jazakumullahu khairan kathira✿❞ (utk ramai).


Dan ini adalah maksudnya:
❝Jazakallahu khairan✿❞
❝Semoga Allah memberi/menambah kebaikan kepadamu.❞


❝Jazakallahu khairan kathira✿❞
❝Semoga Allah memberi/menambah kebaikan yg banyak kepadamu.❞


Kalau seseorang mengucapkan Jazakallahu khairan kathira kpd anda, baiknya anda membalas:


❝Wa iyyaka✿❞(utk seorang lelaki).


❝Wa iyyaki✿❞(utk seorang perempuan).


❝Wa iyyakum✿❞(utk ramai).


Dan ini adalah maksudnya:


❝Wa iyyaka✿❞


❝Dan ke atas kamu juga.❞






P/s: Perbetulkan kalau saya salah...


Wallahualam

Different Themes
Written by Oh! Dakwah

Assalamualaikum semua, jika saya ada melakukan kesilapan dalam post saya ini, mohon jasa baik tuan-tuan dan Puan-puan untuk memberitahu saya secepat mungkin supaya saya menyedari kesilapan saya dan memperbaikinya. Semoga kita semua selamat dari api neraka yang amat pedih dan Memperoleh syurga yang kekal selamanya.

0 ulasan