Open top menu
loading...
Rabu, 5 Februari 2014


Assalamualaikum semua. Terdapat berbagai cara untuk melakukan sembahyang Tahajjud. saya ingin kongsikan salah satu cara melaksanakan solat sunat tahajjud.

Cara yang diceritakan oleh Ibnu Abbas r.a., iaitu:

Bahawa Rasulullah bangun dari tidurnya, lantas bersugi dan berwuduk. Kemudian baginda membaca awakhir (awal dan akhir) surah Ali Imran. Setelah itu baginda berdiri dan sembahyang dua rakaat dengan memanjangkan berdiri, rukuk dan sujud. Sesudah itu baginda tidur agak sebentar, kemudian bangun dan melakukan sebagaimana yang dilakukan tadi. Demikianlah berulang-ulang hinga sampai tiga kali sembahyang. Dan baginda akhiri Tahajjudnya itu dengan tiga rakaat Witir. Ketika azan Subuh berkumandangoleh muazzin, baginda keluar untuk pergi ke masjid, ketika itu Rasulullah s.a.w. membaca doa:


Cara yang diterangkan oleh Saiyidatina Aishah pula adalah :


"Bahawa Rasulullah membuka sembahyangnya dengan dua rakaat yang ringan. Kemudian bersembahyang sebanyak 10 rakaat sunat Tahajjud dengan lima salam, akhirnya baginda melakukan sembahyang Witir sebanyak satu rakaat."

Di dalam riwayat yang lain, Saiyidatina Aisyah menerangkan bahawa Rasulullah mengerjakan dua rakaat Iftitah, kemudian sembahyang Tahajjud sebanyak 6 rakaat dengan 3 salam. Akhirnya mengerjakan sembahyang Witir 5 rakaat dengan satu tasyahud dan satu salam.


Dalam riwayatnya yang lain pula, Saiyidatina Aisyah menerangkan bahawa Rasulullah mengerjakan sembahyang Tahajjud sebanyak 8 rakaat dengan 2 tasyahud dan 2 salam. Kemudian melakukan sembahyang Witir sebanyak 3 rakaat.

Cara mengerjakan solat sunat tahajjud :

1. Sebelum mengerjakan solat Tahajjud baca doa berikut
Maksudnya : Tiada Tuhan melainkan Dikau, Maha Suci Dikau! Daku memohon ampun kepada-Mu bagi dosa-dosaku dan daku memohon kepada-Mu akan Rahmat-Mu. Ya Allah! Tambahkanlah padaku ilmu dan janganlah Dikau pesongkan hatiku setelah Dikau berikan petunjuk. Dan berikanlah daku Rahmat-Mu; Sesungguhnya Dikaulah yang melimpahkan rahmat! Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkanku dan kepada-Nyalah tempatku kembali.


2. Niat solat Tahajjud:



(Ushalli sunnatat tahajjudi rak’ataini Lillahi ta’ala)

Daku menunaikan solat Sunat Tahajjud dua rakaat, kerana Allah Ta’ala.

3. Surah selepas Al-Fatihah mengikut rakaat:

a. Rakaat pertama: Ayat Al-Kursi (7 kali)

Rakaat kedua: Surah Al-Ikhlas (11 kali)

Atau;

b. Rakaat pertama: Ayat Al-Kaafirun

Rakaat kedua: Surah Al-Ikhlas


c. Rasulullah SAW membaca 10 ayat terakhir, surah Al-Imran.

4. Selepas membaca tasbih pada sujud kedua dalam rakaat terakhir, bacalah doa berikut 3 kali:


5. Selesai salam solat Tahajud, bacalah doa yang pernah dibaca oleh Rasulullah SAW seperti di bawah:

6. Doa Solat Sunat Tahajjud



Tatacara ringkas solat sunat tahajjud di sini : Tatacara ringkas solat sunat tahajjud

semoga bermanfaat semua .

Wallahua'lam

Different Themes
Written by Oh! Dakwah

Assalamualaikum semua, jika saya ada melakukan kesilapan dalam post saya ini, mohon jasa baik tuan-tuan dan Puan-puan untuk memberitahu saya secepat mungkin supaya saya menyedari kesilapan saya dan memperbaikinya. Semoga kita semua selamat dari api neraka yang amat pedih dan Memperoleh syurga yang kekal selamanya.

Catatan Terbaru
This is the last post.

2 ulasan:

  1. Alhamdulillah..semoga bermanfaat ilmu yang disampaikan. Semoga menjadi asbab kepada semua.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, Terima kasih .. Semoga Bermanfaat ya saudari ...

      Padam