Kalau Sayang Kenapa Putus ?

Assalamualaikum.. 

Ini hanya sekadar tulisan seorang bernama

WANITA..

Cerita lama yg tak berapa nak lama...

Rakan : Ko ngan kekasih hati ko apa cerita?
Aku : Kami sdh putus.. (senyum)
Rakan : Kenapa boleh putus? Bukan ko sayangkan dia ka? (persoalan femes yg tak berapa nak femes)
Aku : Sebab aku sayangkan dia lah aku putus ngan dia.. (senyum)
Rakan : Kalau ko sayangkan dia kenapa ko putus ngan dia? (Muka heran  lagi)
Aku : Nanti ko akan faham.. (senyum)
Rakan : Pelik lah ko ni.... (m'blahkan diri)


Pelik kah aku ni? Pelik sangatkah bila aku katakan yang aku putus ngan dia sebab aku sayangkan dia..?
BLUR..? hikhik.. ^_^
Baiklah, aku bagitau sebabnya... hehehe


Aku hanya seorang insan yg  ingin mencintai dan dicintai..  Pasti semua begitu.. Betul tak? 
Ya.. Rasa cinta itu sememangnya kurniaan teragung daripada Allah kepada makhluknya..
Rasa cinta bukan sahaja terdapat pada manusia, tapi pada haiwan-haiwan di muka bumi..
Dari rasa cinta itu lah kita akan mempunyai rasa kasih sayang, kasih mengasihi, dan benda-benda yang positif... tanpa CINTA, jiwa manusia kosong.. 

jadi? apa kena mengena dengan kes aku?

Owh, maaf,  ayat sal cinta itu hanya mukadimah.. hehe..

Back to topic, ehem.. 
"Aku putus ngan dia sebab aku sayangkan dia.."
Alasan logik? 

Sebab aku tak nak jadi penyebab dia lalai daripada mengingati Allah..  ^_^
Bila aku katakan aku sayangkan dia, tu bermaksud aku ingin kekalkan rasa sayang ku ini hingga ke syurga.. 
Bila kami bercinta tanpa ikatan yg sah, banyak perkara yang aku lakukan akan mengheret dia ke neraka...
Aku bukan mahram dia.. Syaitan akan mudah menyuntik nafsu seseorang melalui situasi-situasi begini.. Apatah lagi, aku seorang wanita yg menjadi fitnah terbesar bagi seorang lelaki.. Berdasarkan hadis Rasulullah, 

Dari Usamah bin Zaid r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda “Tidak ada suatu fitnah (bencana) yang lebih besar bahayanya dan lebih bermaharajalela-selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain daripada fitnah yang berpunca daripada kaum wanita"
(Bukhari, Muslim, Imam Ahmad, at-Tirmidzi, Nasa’i dan Ibnu Majah)

Aku memang cintakan dia.. Tapi aku tak ingin rasa cinta tanpa ikatan yang sah ini menyebabkan aku dan dia semakin m'abaikan rasa cinta kepada yg lebih utama, cinta kepada ALLAH...
Jika ditakdirkan aku bercinta lagi dengan seseorang, biarlah ketika itu aku hanya BERCINTA dengan SUAMIKU.. seseorang yang halal bagiku.....

"Tiada cinta terindah melainkan cinta selepas nikah " ^_^


"Tapi.. Ko tak sedihkah putus ngan dia?"
Hanya Allah yang tahu perasaan aku.. Bukan mudah melepaskan seseorang yang begitu kita sayang dan cinta.. Tapi, insyaAllah, aku sentiasa yakin dengan ketentuan Allah. Dia Maha Bijak dan sebaik-sebaik perancang...

"Kadangkala Allah tidak berikan sesuatu yang kita mahukan.. Tapi ingatlah, Allah akan sentiasa memberikan sesuatu yang kita perlukan. Allah Maha Mengetahui akan apa yang terbaik buat hamba-hamba-Nya"


Jadi, tak perlu sedih.. Sekiranya dia merupakan jodohku, bakal imam kepada anak-anakku, insyaAllah, kami akan tetap bersama.. ^_^

Kepada si dia, maafkan aku sebab mengecewakan dirimu.. Berikan lah rasa cintamu itu kepada yang lebih berhak kepadamu. Ingatlah, cintakan Allah, cinta yang tidak pernah akan mengecewakan dirimu..

Dan, insan yang bernama kekasih, izinkan aku untuk mengecewakanmu di DUNIA agar kau tak kecewa keranaku di AKHIRAT sana...

ya ALLAH..
~✿ Bila kehadiranku MENGANGGU hatinya,
tidak membawa KEBAIKKAN padanya,
maka Kau pisahkanlah kami biarpun kami terluka..

~✿ Bila aku TIDAK LAYAK dan bukan yang terbaik untuknya..
maka Kau jauhkanlah aku darinya..

~✿ Bila bukan aku yang TERTULIS untuk melengkapkan separuh dari agamanya,
maka JARAKKAN kami agar tidak timbul rasa yang mengundang KECEWA… ^_^







sumber : http://teratak-hidupku[dot]blogspot[dot]com/2012/01/10-laluan-yang-bakal-dilalui-oleh.html