Selasa, 1 April 2014

Kenali Ustaz Don Daniyal






Ustaz Don Daniyal Don Biyajid adalah seorang Pensyarah di (KUIS) Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor mengajar di Jabatan Tahfiz wal Qiraat, Akademi Islam sejak 2010. Di samping mengajar, Ustaz menempa nama sebagai salah seorang pengacara di TVAlhijrah. Bermula dengan menghadiri ujibakat, Ustaz Don mendapat kepercayaan pihak pengurusan sehinggalah mendapat peluang mengendalikan rancangannya sendiri iaitu 30 Minit Ustaz Don

Justeru khidmatnya amat diperlukan oleh masyarakat umum, Ustaz Don Daniyal kini menjadi salah seorang Trainer/Jurulatih di KUISCELL Sdn Bhd iaitu anak syarikat Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) & majikan beliau masih lagi KUIS manakala peranan Ustaz di Tv Al Hijrah adalah sebagai pengacara jemputan. Kuiscell berperanan menguruskan segala aktiviti ceramah, seminar & kerjaya Ustaz Don & ianya mendapat sokongan daripada Rektor KUIS. Ustaz Don telah mendirikan rumahtangga bersama Husna Zahry pada Ogos 2012 & dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Don Mustofa pada Januari 2014.

Untuk makluman anda, hanya 4 Facebook fanpage sahaja yang diiktiraf sebagai sah & betul ada kaitan dengan Ustaz Don iaitu 30 Minit Ustaz Don,Ustaz Don Daniyal Don Biyajid : Solat & Selawat TourUstaz Don Daniyal :U2D: Ukhuwah Dunia Digital & Tadika Ustaz Don. Selain daripada itu adalah page PALSU & tiada kaitan dengan ustaz. Ustaz juga tiada Twitter atau Instagram.

Untuk sebarang jemputan ceramah, ajukan jemputan anda ke email kuiscell@kuis.edu.my. Jemputan ceramah terhad sepanjang waktu & hari bekerja sahaja (Isnin - Jumaat, 8 pagi - 5 petang). Tiada jemputan pada waktu malam kerana Ustaz akan berlintas langsung di TV utk 30MUD. Sabtu & Ahad, siang atau malam Ustaz tidak menerima sebarang jemputan memandangkan Ustaz perlukan sedikit masa untuk berehat, meluangkan masa bersama keluarga, bertalaqqi & sebagainya.

Seminar Solat & Selawat Tour adalah sebuah program dakwah mega berbentuk seminar, 100% kendalian & idea Ustaz Don sendiri
Kenali Kuiscell & aktiviti berkaitan Ustaz Don di www.kuiscell.com
Insya Allah, Ustaz Don akan mengeluarkan beberapa buah buku, komik remaja & juga animasi.
Ustaz juga ada mengeluarkan beberapa koleksi jubah di Don & Dona
Doakan Ustaz, semoga dipermudahkan segalanya. Terima kasih atas sokongan semua.
Utk sebarang persoalan berkaitan Ustaz Don, hubungi Kuiscell di 03-89121636

Admin (Hafiz)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Subscribe

loading...

Flickr