Fadhilat Dan Kelebihan Lafaz Azan

LAFAZ AZAN

Lafaz Azan atau Bang terdiri daripada lima belas kalimah. Ia dilaungkan sebanyak dua kali bagi setiap lafaz kecuali Takbir pada awal azan disebut sebanyak empat kali dan lafaz Kalimah Tauhid di akhir azan hanya sekali sahaja. Susunan 15 kalimah seruan azan tersebut adalah:-


.
* Pada Azan Subuh, selepas lafaz; حَيَّ عَلَى الْفَلاَحِ(“Haiyaalal falah” – Marilah menuju kejayaan), hendaklah ditambahkan bacaan berikut 2 kali:

.

Fadhilat Dan Kelebihan Lafaz Azan


Banyak fadhilat dan kelebihan melaungkan azan. Daripada sabda Rasulullah    “Apabila tiba waktu solat hendaklah salah seorang kamu melakukan azan dan yang lebih tua daripada kamu hendaklah menjadi imam.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Al-Quran, as-Sunnah dan al-Ijmak ulama telah menyatakan melaungkan azan mempunyai beberapa kelebihan yang besar, di antaranya:

1.      Seruan azan adalah sebagai tanda untuk mengajak umat  Islam agar bersegera menunaikan  solat.
2.      Lantunan azan yang indah itu boleh mengwujudkan ketenangan dan kesejukan jiwa seseorang.
3.      Laungan azan mampu menyelubungi suasana dan menambah semangat ummah.
4.      Muazzin diampuni dosanya sebanyak sepanjang laungan suaranya kedengaran.
5.      Muazzin dan penjawab seruan azan dijanjikan mendapat ganjaran pahala.
6.      Beroleh pahala sebanyak pahala mereka yang ikut solat bersamanya.
7.      Amalan bacaaan pujian azan dapat menjadi seperti persiapan untuk masuk ke matlamat utama,
8.      Lafaz azan adalah sama digunakan oleh umat Islam diseluruh dunia dan menjadi syiar keagungan Islam.
9.      Berazan dan mendirikan solat kerana taqwa kepada Allah سبحانه وتعالى, maka dosa-dosa akan diampuni  dan  dijamin Syurga.
10.  Mendengar seruan azan akan dapat menyaksikan amalan baik di hari kiamat.
11.  Menyebabkan Iblis dan syaitan lari bertempiaran apabila terdengar laungan azan.

Rasulullah    bersabda: “Apabila azan dilaungkan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut lintang-pukang sehingga tidak mendengar suara azan dan apabila selesai azan, dia datang semula hingga apabila dibacakan iqamah untuk solat dia akan lari lagi, sehinggalah sempurna iqamah dibaca, lalu dia akan datang lagi mengganggu dan menimbulkan rasa was-was dalam diri, membisikkan kepadanya: Ingatkan itu dan ini, sesuatu yang tidak terlintas sebelum itu, menyebabkan seseorang itu tidak sedar berapa rakaat ia solat.”(Hadis riwayat Abu Hurairah).
.
.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
.
.
Artikel Berkaitan:
Fadhilat Menjawab Lafaz Dan Seruan Azan  (Klik Di Sini)
Doa Selepas Azan  (Klik Di Sini)
.
.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه