LARANGAN BERPUASA SEHARI ATAU DUA SEBELUM RAMADAN

LARANGAN BERPUASA SEHARI ATAU DUA SEBELUM RAMADAN

Nabi s.a.w melarang kita memulakan puasa sehari ataupun dua hari sebelum masuk Ramadan. Ini kerana syariat mula puasa ditentukan waktu oleh Allah dan RasulNYA bukan sesuka hati manusia. Suasana Ramadan dimulakan pada hari pertama Ramadan berdasarkan anak bulan.

Maka tidak boleh seseorang berpuasa sehari ataupun dua hari sebelum Ramadan bermula melainkan seseorang yang sudah menjadi kebiasaannya berpuasa sebelum itu seperti seseorang yang biasanya berpuasa Isnin dan Khamis, secara kebetulan sehari sebelum Ramadan itu Isnin ataupun Khamis, maka dia boleh berpuasa kerana itu kebiasaan sunnah yang telah dia lazimi.



Sabda Nabi s.a.w : "Jangan seseorang kamu mendahului Ramadan dengan berpuasa sehari atau dua hari (sebelumnya) kecuali seorang yang berpuasa hari (kebiasaan) puasanya maka dia boleh berpuasa pada hari tersebut" (Riwayat al-Bukhari).

Oleh kerana puasa kita telah diputuskan pada hari Ahad maka esok Sabtu adalah hari yang dilarang kita berpuasa.